Wednesday, 30 March 2011

mc'donalds


heyyaaa readers..

pagi2 lagi cik ratu nak bukak cite pasal makanan ni. fast food. bukan makanan laju tapi makanan segera. hihi. x nak cite pasal kfc ke pizza hut ke or seangkatan dgnnye, cik ratu nak cite pasal mc'donalds. orang2 kite biase sebut mcd. bukan 'em si di' tapi 'mekdi'. sebutan kene betul ye adik2..

ok, seterusnya. semua orang tau (yeye je) mcd ni bukan 24 jam. kalau lapa, terjah je mcd. sure kenyang. kalau x kenyang jugak, order lagi. x de duit g dapur tolong masak. hihi. nak drive thru pon boleh. senang. x payah kua kete nak beli makanan. dari dalam kete je boleh.

macam2 jenis ade kat mcd ni. cik ratu selalu jugak pegi mcd. tapi makan 1 bege je la. tu pon dh kenyang. kenyang perot suka hati. kalau x kenyang2 tu, susah hati la kot. hihi.

nak tau menunye? boleh. boleh.


>favourites<

mc chicken
spicy chicken mc deluxe
chicken mc nuggets
ayam goreng mcd
filet-o-fish
double cheese burger
quarter pounder with cheese
big mc
big N' tasty
cheese burger
beef burger
chicken burger
bubur ayam mcd


>breakfast<

sausage mcmuffin
sausage mcmuffin with egg
egg mcmuffin
filet-o-fish
big breakfast
hotcakes (2pcs)
hot cakes (2pcs) with sausage
hash browns

>happy meals<

sausage mcmuffin
cheese burger
beef burger
ayam goreng mcd
chicken burger
hot cakes
chicken mcnuggets


>desserts<

sundae con
chocotop
flavor twist
sundae
cornetto sundae
oreo mcflurry
corneto mcflurry
shake
apple pie
fruit cup


>beverages<

premium roast (coffee/tea)
hot milo
carbonated soft drink
iced milo
ribena
minute maid @ orange juice
iced lemon tea
drinking water


>mc saver<

chicken burger
beef burger
bubur ayam mcd
french fries
sundae
carbonated soft drink
sundae cone
apple pie


so, if u guys terasa nak tengok mcd nye, pegi je kat sini http://mcdonalds.com.my/ .



Tuesday, 29 March 2011

lapaaa



lapa, nak makan.
sadis sungguh
='(

pantang larang

heyyaaa readers..

bertemu kembali. lama jugak cik ratu x menulis. cik ratu busy sikit. banyak bende yang cik ratu kene settle kan. naik rimas pon ade. ok lah, post kali ni nk berceloteh pasal ape pulak? kite cakap pasal pantang larang la. orang dulu2 (nenek moyang) kaye dgn pantang larang. sikit sebanyak kite kene ikot jugak. nanti x ikot lain pulak jadinye. jom kite tengok ape antare pantang larangnye..

Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.


Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.


Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.


Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.


Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.


Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.


Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.


Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.


Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.


renung2kan dan selamat beramal. =)

Wednesday, 23 March 2011

kurang sihat

heyyaaa readers..

cik ratu kurang sihat hari ni.
asyik ulang alik pegi toilet je.
cik ratu rase bukan gastrik.
mungkin salah makan kot.
aduh, sakitnye.
bile la nak rase lege ni.

cik ratu x sempat pegi kfc lagi.
teringin sangat.
wwwaaaa..

Tuesday, 22 March 2011

zaman sekolah

heyyaaa readers...

jom kite cerite zaman sekolah nk? umo cik ratu 20 tahun. maknenye, dh lebih kurang 3 tahun cik ratu tinggalkan zaman sekolah. bile kenang balik zaman tu, aduh seronok nye. macam2 pengalaman. cik ratu suka buat bising dalam kelas. bila cikgu x de dalam kelas, mulela macam2 gosip kelua. cerite itu ini dengan kawan. kawan cik ratu pon layan je la. kemain lagi. ade je kawan lain yg tunggu lua tengok cikgu dh naik tangge ke belum. tiba masa ade la jeritan "CIKGU DAH NAIKKKK!!!". uih, kelam kabut bukak buku. konon baik la dok diam baca buku. sungguh pelakon terbaik harapan negara. hihi.

masa mule2 cik ratu masuk sekolah, bukan main lagi kene ngorat dengan abang senior (perasan). hihi. cik ratu pon malu2 kucing (perasan kali kedua). ada yang mintak nmbr telefon (perasan kali ketiga). ada yang bagi surat cinta (perasan kali keempat). hihi. banyak nye perasan. parah dh ni. hihi. cik ratu jenis x kecoh2. tapi berita sampai jugak kat kakak senior. diorg apa lagi. pandang lain macam la. mane x nye, lelaki yang diorang minat dh minat orang lain. padahal cik ratu bukan kawan pon dengan abang2 senior tu. kenal pon idak.

bila hari guru, cik ratu kadang2 buat persembahan. ketaq lutut ni. macam nak luruh dah. tapi gagahkan jugak. nasib ade kawan2 yang lain. x de la segan sangat. tapi memang rase nak terjun lombong je. lepas buat persembahan, terasa yg diri ni 'bodoh' sebab bende macam tu pon takot. padahal x de pape pon. tapi nanti ade persembahan lain, same jugak. takot berkali kali gande, haha.

cik ratu ni x de la pandai. biase2 je. untuk naikkan nama sekolah bagi student bederet A mmg x la. setakat murid biase je. cikgu2 x memilih student. oleh sebab cik ratu ni rajin bertanya, so cik ratu rapat dengan cikgu2. sampai sekarang, cikgu2 even dr skolah rendah masih ingat cik ratu. syukur lah. kerja sekolah ade jugak yang buat, ade yang x buat. sampai skolah copy je dr kawan. pastu suruh la kawan aja. hihi. dulu kat skolah, sape x siap keje, kene duduk lua kelas. ade jugak murid yang kene pegi kelas lain, tunjuk kertas "SAYA TAK BUAT KERJA SEKOLAH". malunyee. kesian jugak kat diorg. tapi nak buat macam mana kan? dh kene dende.

rasa nak pegi sekolah balik. nak jumpa cikgu2. nak belajar kat sekolah balik. nak buat persembahan. semua la nak. rindu nye cik ratu kat sekolah. ada masa nanti cik ratu pegi la melawat. :)

salam ikhlas,
cik ratu.

makan


heyyaaa readers..

hari ni cik ratu makan banyak. x ku sangka. hihi. cik ratu biasenye x lalu makan. bukan sebab diet ye. cik ratu mane ade diet tapi org lain yg kate cik ratu diet. cik ratu makan ikot mood. ade mood, makan la banyak. tapi hari ni makan banyak pulak. x tau la kenapa. mungkin ada bende yg nak jadi? entah la. cik ratu pon x tau. cik ratu baru je lepas makan. tapi teringin nak makan kfc pulak. nyum nyum. sedapnye ayam goreng kfc. petang nanti kalau sempat cik ratu pegi kfc, cik ratu beli lah. ade sape2 yg nk order? mari sini cik ratu belanje. hihi.

resders dah makan ke? makan ape la agaknye. ape2 pon, makan la selagi boleh makan. tapi berpada-pada la makan tu. sesape yg ade penyakit tu, beringat la. nanti naik pulak segala penyakit. susah nanti.

ok lah. nanti kite sambung lagi. babai..

salam ikhlas,
cik ratu.

Monday, 21 March 2011

kerja yang belambak.



heyyaaa readers..

cik ratu hari ni berazam untuk membusykan diri. banyak sangat kerja yang tertunggak. belambak-lambak. naik pening kpale cik ratu ni. nak ingat bende2 yang jadi minggu lepas lagi.

ada sape2 yang nk tolong cik ratu tak? tolong laaaa... tolong laaaa..

bangun pagi dengan mamainye. pegi mandi. nasib baik la masih kenal antara berus gigi dengan berus kain. kalau x, mau robak mulut cik ratu ni. hihi. air pagi tadi aduhai sejuknye. menggigil. macam air perigi pon ye. (jangan x pecaye, mase kecik2 cik ratu penah mandi air perigi tau). cik ratu mandi je cepat2.

ok lah, cik ratu nak buat kerja. jangan noti2 ye readers. babai..

salam ikhlas,
cik ratu.

Extraordinary new footage from Japan

cik ratu baru lepas search video mengenai tsunami yang melanda Jepun di Youtube. terlalu banyak video. bloggers mesti dah penah tengok pon kan video tsunami sebelum ni. kat berita ada, youtube, CNN, macam2 lagi. kalau bloggers masih ingat, akhir tahun 2004 tsunami telah melanda. kali ni awal tahun 2011, tsunami melanda lagi. nauzubillah. macam2 kejadian dah berlaku sekarang. cik ratu nak share video ni. mari kite tengok sama2.





cepat je air mengalir. nak lari mesti x sempat bg sesape yg ade kat jalan raya tu. kesian cik ratu tengok. kita doakan semoga bumi kita dalam keadaan baik. dengan doa, insyallah semua akan berubah. teruskan dekat diri dengan Allah. amin..

salam ikhlas, cik ratu.

bertukar wajah

heyyaaa readers..

wah.wah. tengok la blog page cik ratu ni. pink kale gitu. cantik tak? nampak macam gadis manje kn? uhukk. menyampah pulak. hihi. cik ratu dah edit page ni tadi. ambil masa lebih kurang 1 jam. main edit je. klik sana klik sini. touch up sikit2. pakai lipstik, pakai eye shadow, eye liner sikit, pipi page kasi gebu dengan blusher, betempek la segala jenis make up. ha, dah jadi mcm ni. hihi.

tapi ni x complete lagi. nanti la cik ratu buat lagi. dah x larat nak mengadap laptop ni. pinggang pon dah membengkok. nanti jadi mcm nenek kebayan pulak. hihi.

salam ikhlas,
cik ratu.

Sunday, 20 March 2011

salam perkenalan

heyyaaa readers..

First post cik ratu ni nak kenalkan diri je lah. blog yg cik ratu buat ni saje suke2 untuk habiskan masa yang x tau nak buang ke mane lagi dah. kalian boleh la panggil "cik ratu". tapi x de la ratu mane pon. ratu khayalan je. hihi.

mengenai umo pulak, tahun 2011 ni cik ratu berumo 20 tahun. sekejap je rasenye dah 20 tahun. cik ratu rase macam baru je lepas habis sekolah. alih2 dah 20 tahun. dalam 20 tahun ni, macam x banyak pengorbanan yg cik ratu buat. cik ratu rase mase ni berjalan dengan cepat. mungkin cik ratu banyak lalai kot. hihi. dari masa ke masa cik ratu akan cube berubah untuk menjadi insan yang lebih sempurna dari sebelumnye.

cik ratu asal dari perak. ate, moh le ke kampong teman. amboi, dah beloghat pulak. lain jadinye nanti. hihi. cik ratu masih pelajar. institusi mana nak tau? cari sendiri. search google. hihi. cik ratu ambil jurusan kejuruteraan awam. berharap menjadi seorang engineer yang berjaya menaikkan pembangunan negara. berazam nampak kn? azam je dulu. insyallah ada rezeki dalam bidang ni, cik ratu akan teruskan. doakan cik ratu ok rakan?

cik ratu suka mengadap laptop. entah apa yg cik ratu cari pn x tau. cik ratu dulu memang kaki on9. semedang je on9. sampai mama cik ratu pelik. x jemu2 nengok laptop. dari celik mate sampai le pejam mate. cik ratu suka menjelajah blog orang. seronok baca blog ni. beberapa hari lepas, cik ratu buat keputusan untuk terus berblogging. orang ramai yg kecoh2 mengenai facebook, twitter. cik ratu malas nak buat account. dulu2 ada la. sekarang x de dah. kalau terbukak hati nanti, ade la balik. hihi.

cik ratu akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa dengan blog cik ratu. kalau ada yang melawat blog cik ratu, thank you guys.. perasan pulak cik ratu ni. x pe lah. skali skala. ape salahnye kn? hihi. ok lah, lain kali cik ratu cuba post lagi. babai.

salam ikhlas,
cik ratu.