Monday, 9 May 2011

mengenai sayang.

"jangan malu untuk mengatakan sayang pada orang yang kita sayang"


cik ratu ada terbaca satu karangan ni. hasil penulisan sape x tau la cik ratu. sedih nye bile bace cerite tu. ape yang diceritekan tu ade jugak kene mengenenye dgn hidup cik ratu. tp sikit je la.

kite jangan la malu untuk ungkapkan sayang pada orang yg kite sayang. tapi jangan terlalu mudah pulak untuk ungkapkan. berpada2 la. kalau kite betul2 nk seseorang tu, fikirkan betul2 dan mampu ke kite nak bahagiakan die? kalau setakat suke, x jalan. x kan bahagia sampai akhirnye.

kalau perasaan kite malu nk kate sayang, takot nanti terlepas. bak kate orang, 'jangan tunggu lama2 nanti dikebas orang'. sape yg rugi? sape yg x dapat? sape yg ditinggalkan? kite jugak kn? so, fikirkan lah ape yg terbaik untuk diri kite.

ha, lagi satu. jangan la kite segan nak bagitau orang yg die tu milik kite. mesti pasangan kite akan rase dihargai bile kite mengaku yg die milik kite.

ni juz ape yg cik ratu rase je. terpulang pd individu masing2. nilaikan la....

Saturday, 7 May 2011

happy mama's day

heyyaaa readers!

hamboihh, lame beno cik ratu x menaip kat sini. busy beno ke cik ratu oii? busy dgn ape gamaknye ye. hihi.
cik ratu ni kn kadang2 rajin. kadang2 malas. kadang2 je la kn. tapi saat ni cik ratu rase rajin sikit.
tu yg rase nk membebel je ni. dengo ye cik ratu nk membebel ni.


cik ratu memang tau yang hari ibu minggu kedua bulan Mei. tau tu cik ratu x lupe.
tapi bile dh masuk minggu kedua hari jumaat, cik ratu kira ok lagi 2 hari menjelang hari ahad.
semalam cik ratu dh mula keliru bile cik ratu on9 facebook.
cik ratu usya la facebook. hadoii, ramai beno dh wish ni.
setau cik ratu hari ahad. tapi kenapa hari sabtu ramai betul dh wish.
cik ratu msg la kawan cik ratu, die pon dh confused dh. same2 dh confused.
tapi cik ratu fikir la mungkin diorg saje nk wish awal2.
kasi gempak sikit kan, baik cik ratu wish mase dalam perot lagi. lagi gempak. hihi.
esok nye (ahad) cik ratu sampaikan la kad and ucapan pd mama cik ratu.
mama cik ratu senyum2 pulak. aiseeehhh. hihi.
malam nnt cik ratu nak bawak mama cik ratu makan lah.
sape nak ikot? geleng kepale. hihi.


kepada mama:
kakak nak ucapkan selamat hari mama. kakak tau kakak banyak buat salah kat mama. kakak selalu x denga cakap mama. kakak kn anak degil. lain kali kakak akan usaha lagi untuk buat mama happy. kakak nak mama bangga dengan kakak. kakak sayang mama. kakak nak mama selalu ada dengan kakak sampai bila2 walaupun kakak dh kawen or tak duduk 1 rumah dengan mama. mama dh banyak bersusah payah besarkan kakak dan didik kakak sampai sekarang. love you, mama!


selamat hari ibu pada semua ibu, bakal ibu, ibu mertua di dunia....
sayangilah ibu anda walau dimana anda berada....



Wednesday, 27 April 2011

maaf dari cik ratu

heyyaaa readers.

lamenye cik ratu x singgah sini. maksud cik ratu x menulis blog. cik ratu x sempat nak on9, nk menulis lagi nak menyiapkan kerja lagi. ni pon cik ratu luangkan sikit masa. nanti blog ni merajok susah plak. cik ratu x pandai nk pujuk2 ni. hihi.

thanks pada yg sudi comment blog cik ratu. cik ratu merepek pon dok layan comment jugak. hihi. semua comment dah pon cik ratu reply. rasenye x de yg tertinggal. nanti comment lagi ye rakan blog?

cik ratu x sempat nk singgah blog kalian buat masa ni. x sempat nk comment. selalunye kalau cik ratu baca mesti cik ratu comment. kalau x bace mcm mane nk comment kn? x pe la, lain kali cik ratu luangkan lebih masa untuk baca dan comment. banyak dh entry baru yg korang post. ni yg cik ratu rase x saba nk bace cerite korang. tunggu je la cik ratu ade mase.

yg sudi singgah chit chat corner, thanks. cik ratu x sempat nk reply satu2. x sempat nk jengok blog bg pendatang baru (bkn pendatang asing). nnt cik ratu masuk dan terjah okay. insyaallah cik ratu follow skali. menambah kenalan x salah kan?

ok lah. sampai sini je entry kali ni. lain kali cik ratu tulis lain. babai...

Tuesday, 19 April 2011

x ku sangka

heyyaaa readers..

ok ni cik ratu nk cite perihal tadi. jap kire jap. dlm 7 jam lepas. cik ratu melepak di TUTTY FRUTTI. cik ratu suka chocolate and vanilla. baru try 2 perisa ni. lain kali nak try yg lain pulak.

sedap memang sedap. tapi bila hilang kawalan, pergghhh koyak poket. harga tengok kedai la kn? xkan la kedai sket punya cantik, arga macam eskrim pop malaysia tu.

cik ratu dengan tekun membaca ape yg ade kat sekeliling dinding. decoration yang menarik. baca jugak perisa2 yg ada. tengok mesin eskrim jugak. ok, hati terdetik nak choc and vanilla. bekas bewarne ijau pon cik ratu amik. sampai kat mesin eskrim, hati rasa lain macam. ok x pe, cik ratu kasi adk yg buat. dye yg hilang kawalan pon tarik pe bende ntah namenye tu. kelua la eskrim choc. mesin seterusnye, macam tu jugak. then kelua la eskrim vanilla. then choc rice ditabur atas eskrim.

tiba masa untuk membayar. okay, kene timbang. bukan macam eskrim biasa2 yang kira dengan batang. dah habis timbang. ciiinnngggg, RM 17.50!! ingat mimpi, cuba jugak cubit2 tangan sendiri. ok, x mimpi. tu realiti. bayar jugak la kn..

sesi makan eskrim pon diteruskan. excited sangat nak makan TUTTI FRUTTY. ha, makan la sepuas-puas nye. kenyang kn? hihi. then de couple ni masing2 dengan bekas TUTTI FRUTTY dengan eskrim yg menggunung tinggi. cik ratu rase, harge eskrim tu RM30+ kot.

pesanan ringkas : beringat anda sebelum melakukan apa2.

Monday, 18 April 2011

10 sebab perempuan tak respect kat lelaki

heyyaaa readers.

na dapat ayat2 ni dari facebook. na just copy paste. untuk umum jugak. jom layan...

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu

Sunday, 17 April 2011

awak...

AWAK..... CARILAH PEREMPUAN YANG CANTIK...
KERANA SY TAHU KEBURUKAN SY X MAMPU MEMBERIKAN SENYUMAN PADA AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG KAYA....
KERANA SY TAHU KEMISKINAN SY TIDAK MAMPU MEMBANTU AWAK D DALAM KESUSAHAN...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BAIK....
KERANA SAYA TAHU KEJAHATAN SAYA AKAN BUAT AWAK BENCI SAYA....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG BIJAK...
KERANA SAYA TAHU KEBODOHAN SY TIDAK MAMPU UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH AWAK...


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG TINGGI AGAMANYA....
KERANA SAYA TAHU KEJAHILAN SAYA AKN BUAT AWAK SENGSARA D NERAKA.....


AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG MENYAYANGI AWAK...
KERANA SAYA TAHU BENCI SY PADA AWAK AKAN MENYAKITKAN HATI AWAK...


AWAK... CARILAH PEREMPUAN YANG SIHAT...
KERANA SY TAHU SAKIT SY AKAN MENYUSAHKAN AWAK....


AWAK.... CARILAH PEREMPUAN YANG MANIS BICARANYA DGN AWK....
KERANA SAYA TAHU KATA2 KESAT SAYA AKN MEMBUATKAN SY BERGADUH DGN AWAK...


AWAK..... SAYANGILAH PEREMPUAN YANG SAYANG AWAK...
KERANA SAYA TAHU KASIH DAN SAYANG SY X CUKUP UNTUK AWAK BAHAGIA....


AWAK... HIDUPLAH DGN PEREMPUAN YG AWAK SAYANG....
KERANA SAYA TAHU KEMATIAN SY AKN MENYEBABKAN SY TINGGALKAN AWK...


JADI AWAK CARILAH PEREMPUAN YANG TERBAIK UNTUK AWAK...
KERANA SY TAHU SY BUKAN PEREMPUAN YG TERBAIK UTK AWK...

nasib baik boleh.

cik ratu dah dapat jalan penyelesaian.
page sudah x meragam.
bagus. bagus.

tapi cik ratu x tau gi mana nak letak link facebook.
ritu boleh je.
kejap boleh kejap tak.
x pe la, jap lagi boleh la kot.

teringat zaman kegemilangan dulu.
ah, gemilang la sangat kn?
sehari kadang2 sampai 5 entry cik ratu post.
nampak sangat banyak beno mase yg cik ratu gune.
mane la pegi rakan2 blog dulu ek.
rindu. rindu.


apa sudah jadi dengan blogspot?

heyyaaa readers..

hati cik ratu ni sedih.
makin sedih la dgn keadaan page cik ratu ni.
"awat golap jaaa. mano poie warno pink?"
cik ratu tekan ape bende entah.
udah le jadi cenggini rope.

cik ratu nak mencari templete baru.
alih2 x boleh pulak nak copy code.
bedal punye bedal jadi la mcm ni.
ilang dh banyak widget.
sekian lah riwayat widget2 tersebut.

kat mane cik ratu boleh cari templete yg kiut miut?


facebook

heyyaaa readers..

cik ratu nak mengumumkan bahawasanya cik ratu sudah mengaktifkan diri dengan facebook.
ya, cik ratu tau itu agak ketinggalan.
tapi cik ratu nak bagitau jugak.

hihihi. actually dulu2 ade facebook.
tapi tangan gatai sangat dok tuka2 password.
sampai lupa terus.
cerdik kan?

ok la, pada yang berminat untuk berkawan,
sila add cik ratu ok.



Thursday, 14 April 2011

cuba kawal perasaan

aarrrggghhhh!!!!
tttiiiiiddddaaaakkkkkk!!!!
nnnnnnnoooooooo!!
gggggrrrrr!


kite tengok macam2 jenis manusia menunjukkan 'kepsycoan' nye. ade pulak ayat mcm tu. hihi.
psyco je lebih x guna. cuba cari jalan penyelesaian. ha, ade jugak gunenye.
ni cakap berapi "aku x siap itu, aku x siap ini".
cakap je lebih buatnye tak jugak.

cik ratu ni kalau nk psyco ni jarang nk tunjuk kat orang. pendam sorang2.
layan diri sendiri je. tenangkan fikiran dulu. chill2 sket. dah ok baru buat keje.
kalau buat keje time serabut, x gune jugak kn?

cik ratu de la sorang kawan ni. die jenis x boleh buat keje kelam kabut. x boleh kalau org psyco die.
mesti glabah die lain macam. kirenye die x boleh tension la. bile pressure, mule la macam2.
bile dh pressure, makan x hengat. tapi badan same mcm tu jugak. x de la naik gemok.

cik ratu ada masa lagi untuk menyiapkan segala assignment yang ade.
awal2 buat senang la. nanti bile nak submit, done. x de la tergopoh gapah.
baru nak print la. baru nak beli kertas la. baru nak buat itu ini.

so, pada readers, jangan la buat kerja last minit.
andai kata last minit kerja tu x dapat buat, nak anta ape cek ooiii?
beringat naaa...

malasness

ewah. ewahh. cube tengok gambar sebelah ni. bukan main 'terlebih sopan' kn? gambar tu just nak menunjukkan yang cik ratu dalam mood malas sebenanye. buat kerja tu punya la malas. rase macam ade beban je kat bahu ni. kalau boleh nak tido je. buatnye tido x bangun2, ha gasak la pulak.

lately cik ratu jarang dah on9. mungkin sebab malas jugak. ape yang cik ratu buat pon x tau la. nak kate makan tido pon x jugak. tido je lebih. makan nye kurang je. hihi.



x pe lah. cik ratu kumpul dulu rindu ni banyak2 untuk menulis. nanti bile dah rajin, cik ratu post banyak2. nak tulis ape pon x tau. dah la. jenoh teketo2 nak menaip. babaiiii.


Monday, 11 April 2011

skirt labuh

heyyaaa readers..

cik ratu yakin blogger ramai yang mengikuti blog yang promote dress, skirt, beg dan lain2 kan? cik ratu jarang beli on9. eh, x pernah pon kot. ik ratu lagi selesa untuk pegi kedai sendiri, pegang, belek2 and beli kalau cik ratu rasa selesa dgn  kualiti barang tu.

cik ratu ingat nak cari skirt labuh. tapi tu la. nak beli melalui on9 kene tau jugak la kan skirt tu panjang mana. kalau panjang x pe. boleh potong. kalau pendek? nak pakai londeh? memang x la kan cik ratu nak pakai londeh2, singkat2. hihi.

sape2 yang ada link blog yang jual skirt labuh cantik2 mintak tolong ye. cik ratu pon tengah membelek2 jugak dunia blog. kot2 ade yang bekenan. boleh la cuba beli.

memang ramai dh menjual secara on9. harap tiada penipuan berlaku. baik pembeli atau penjual. sama2 nak untung. penjual yang dh kaye raye tu, kasi la diskaun masyuuukk. hihi.

tinggalkan kegelisahan

heyyaaa readers..


hati yang gelisah kini dh terawat. eleleleee.. ayatnye nak bagos je. cik ratu dh kembali normal. sebelum ni dh bertukar jadi hulk. hihi.

cik ratu harap lepas ni cik ratu dh x pening2 kepale lagi fikir bende yang bukan2. x kan setiap masa nak fikir bende yang same je. jenoh le gitu.

cik ratu x t au nak tulis ape lagi. nanti la sambung lagi. babai.

Wednesday, 6 April 2011

kegelisahan



heyyaaa readers..

cik ratu x tau nak tulis ape. tapi rase nak tulis jugak ni. sebenar nye cik ratu sedih, gelisah. serba x kene.

kenapa ego cik ratu ni tinggi menggunung sangat?
kenapa hati cik ratu x setenang lautan tenang?
kenapa fikiran cik ratu terganggu?

cik ratu kene banyak sabar. istighfar banyak banyak kn? cik ratu x nak macam ni. tolong! tolong!
jom terjun lombong..

Tuesday, 5 April 2011

twitter

heyyaaa readers..

cik ratu nak menagih simpati ni.
sesungguhnye cik ratu memang x berape nak reti sangat dengan twitter.
cik ratu cube jugak try tapi x berape nak memahami.
mungkin sebab fikiran pon tengah bekecamok (alasan!)

so, sape2 yg reti, tolong ngajo buleeehhhh?
nngggeee......
=D

Wednesday, 30 March 2011

mc'donalds


heyyaaa readers..

pagi2 lagi cik ratu nak bukak cite pasal makanan ni. fast food. bukan makanan laju tapi makanan segera. hihi. x nak cite pasal kfc ke pizza hut ke or seangkatan dgnnye, cik ratu nak cite pasal mc'donalds. orang2 kite biase sebut mcd. bukan 'em si di' tapi 'mekdi'. sebutan kene betul ye adik2..

ok, seterusnya. semua orang tau (yeye je) mcd ni bukan 24 jam. kalau lapa, terjah je mcd. sure kenyang. kalau x kenyang jugak, order lagi. x de duit g dapur tolong masak. hihi. nak drive thru pon boleh. senang. x payah kua kete nak beli makanan. dari dalam kete je boleh.

macam2 jenis ade kat mcd ni. cik ratu selalu jugak pegi mcd. tapi makan 1 bege je la. tu pon dh kenyang. kenyang perot suka hati. kalau x kenyang2 tu, susah hati la kot. hihi.

nak tau menunye? boleh. boleh.


>favourites<

mc chicken
spicy chicken mc deluxe
chicken mc nuggets
ayam goreng mcd
filet-o-fish
double cheese burger
quarter pounder with cheese
big mc
big N' tasty
cheese burger
beef burger
chicken burger
bubur ayam mcd


>breakfast<

sausage mcmuffin
sausage mcmuffin with egg
egg mcmuffin
filet-o-fish
big breakfast
hotcakes (2pcs)
hot cakes (2pcs) with sausage
hash browns

>happy meals<

sausage mcmuffin
cheese burger
beef burger
ayam goreng mcd
chicken burger
hot cakes
chicken mcnuggets


>desserts<

sundae con
chocotop
flavor twist
sundae
cornetto sundae
oreo mcflurry
corneto mcflurry
shake
apple pie
fruit cup


>beverages<

premium roast (coffee/tea)
hot milo
carbonated soft drink
iced milo
ribena
minute maid @ orange juice
iced lemon tea
drinking water


>mc saver<

chicken burger
beef burger
bubur ayam mcd
french fries
sundae
carbonated soft drink
sundae cone
apple pie


so, if u guys terasa nak tengok mcd nye, pegi je kat sini http://mcdonalds.com.my/ .



Tuesday, 29 March 2011

lapaaa



lapa, nak makan.
sadis sungguh
='(

pantang larang

heyyaaa readers..

bertemu kembali. lama jugak cik ratu x menulis. cik ratu busy sikit. banyak bende yang cik ratu kene settle kan. naik rimas pon ade. ok lah, post kali ni nk berceloteh pasal ape pulak? kite cakap pasal pantang larang la. orang dulu2 (nenek moyang) kaye dgn pantang larang. sikit sebanyak kite kene ikot jugak. nanti x ikot lain pulak jadinye. jom kite tengok ape antare pantang larangnye..

Pantang Larang Wanita Hamil
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Pantang Larang Ke Atas Lelaki
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.


Pantang Larang Bayi
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ‘semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.
6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.
7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.


Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.


Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.


Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.


Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.


Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.


Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.


Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.


Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.


renung2kan dan selamat beramal. =)

Wednesday, 23 March 2011

kurang sihat

heyyaaa readers..

cik ratu kurang sihat hari ni.
asyik ulang alik pegi toilet je.
cik ratu rase bukan gastrik.
mungkin salah makan kot.
aduh, sakitnye.
bile la nak rase lege ni.

cik ratu x sempat pegi kfc lagi.
teringin sangat.
wwwaaaa..

Tuesday, 22 March 2011

zaman sekolah

heyyaaa readers...

jom kite cerite zaman sekolah nk? umo cik ratu 20 tahun. maknenye, dh lebih kurang 3 tahun cik ratu tinggalkan zaman sekolah. bile kenang balik zaman tu, aduh seronok nye. macam2 pengalaman. cik ratu suka buat bising dalam kelas. bila cikgu x de dalam kelas, mulela macam2 gosip kelua. cerite itu ini dengan kawan. kawan cik ratu pon layan je la. kemain lagi. ade je kawan lain yg tunggu lua tengok cikgu dh naik tangge ke belum. tiba masa ade la jeritan "CIKGU DAH NAIKKKK!!!". uih, kelam kabut bukak buku. konon baik la dok diam baca buku. sungguh pelakon terbaik harapan negara. hihi.

masa mule2 cik ratu masuk sekolah, bukan main lagi kene ngorat dengan abang senior (perasan). hihi. cik ratu pon malu2 kucing (perasan kali kedua). ada yang mintak nmbr telefon (perasan kali ketiga). ada yang bagi surat cinta (perasan kali keempat). hihi. banyak nye perasan. parah dh ni. hihi. cik ratu jenis x kecoh2. tapi berita sampai jugak kat kakak senior. diorg apa lagi. pandang lain macam la. mane x nye, lelaki yang diorang minat dh minat orang lain. padahal cik ratu bukan kawan pon dengan abang2 senior tu. kenal pon idak.

bila hari guru, cik ratu kadang2 buat persembahan. ketaq lutut ni. macam nak luruh dah. tapi gagahkan jugak. nasib ade kawan2 yang lain. x de la segan sangat. tapi memang rase nak terjun lombong je. lepas buat persembahan, terasa yg diri ni 'bodoh' sebab bende macam tu pon takot. padahal x de pape pon. tapi nanti ade persembahan lain, same jugak. takot berkali kali gande, haha.

cik ratu ni x de la pandai. biase2 je. untuk naikkan nama sekolah bagi student bederet A mmg x la. setakat murid biase je. cikgu2 x memilih student. oleh sebab cik ratu ni rajin bertanya, so cik ratu rapat dengan cikgu2. sampai sekarang, cikgu2 even dr skolah rendah masih ingat cik ratu. syukur lah. kerja sekolah ade jugak yang buat, ade yang x buat. sampai skolah copy je dr kawan. pastu suruh la kawan aja. hihi. dulu kat skolah, sape x siap keje, kene duduk lua kelas. ade jugak murid yang kene pegi kelas lain, tunjuk kertas "SAYA TAK BUAT KERJA SEKOLAH". malunyee. kesian jugak kat diorg. tapi nak buat macam mana kan? dh kene dende.

rasa nak pegi sekolah balik. nak jumpa cikgu2. nak belajar kat sekolah balik. nak buat persembahan. semua la nak. rindu nye cik ratu kat sekolah. ada masa nanti cik ratu pegi la melawat. :)

salam ikhlas,
cik ratu.

makan


heyyaaa readers..

hari ni cik ratu makan banyak. x ku sangka. hihi. cik ratu biasenye x lalu makan. bukan sebab diet ye. cik ratu mane ade diet tapi org lain yg kate cik ratu diet. cik ratu makan ikot mood. ade mood, makan la banyak. tapi hari ni makan banyak pulak. x tau la kenapa. mungkin ada bende yg nak jadi? entah la. cik ratu pon x tau. cik ratu baru je lepas makan. tapi teringin nak makan kfc pulak. nyum nyum. sedapnye ayam goreng kfc. petang nanti kalau sempat cik ratu pegi kfc, cik ratu beli lah. ade sape2 yg nk order? mari sini cik ratu belanje. hihi.

resders dah makan ke? makan ape la agaknye. ape2 pon, makan la selagi boleh makan. tapi berpada-pada la makan tu. sesape yg ade penyakit tu, beringat la. nanti naik pulak segala penyakit. susah nanti.

ok lah. nanti kite sambung lagi. babai..

salam ikhlas,
cik ratu.

Monday, 21 March 2011

kerja yang belambak.



heyyaaa readers..

cik ratu hari ni berazam untuk membusykan diri. banyak sangat kerja yang tertunggak. belambak-lambak. naik pening kpale cik ratu ni. nak ingat bende2 yang jadi minggu lepas lagi.

ada sape2 yang nk tolong cik ratu tak? tolong laaaa... tolong laaaa..

bangun pagi dengan mamainye. pegi mandi. nasib baik la masih kenal antara berus gigi dengan berus kain. kalau x, mau robak mulut cik ratu ni. hihi. air pagi tadi aduhai sejuknye. menggigil. macam air perigi pon ye. (jangan x pecaye, mase kecik2 cik ratu penah mandi air perigi tau). cik ratu mandi je cepat2.

ok lah, cik ratu nak buat kerja. jangan noti2 ye readers. babai..

salam ikhlas,
cik ratu.

Extraordinary new footage from Japan

cik ratu baru lepas search video mengenai tsunami yang melanda Jepun di Youtube. terlalu banyak video. bloggers mesti dah penah tengok pon kan video tsunami sebelum ni. kat berita ada, youtube, CNN, macam2 lagi. kalau bloggers masih ingat, akhir tahun 2004 tsunami telah melanda. kali ni awal tahun 2011, tsunami melanda lagi. nauzubillah. macam2 kejadian dah berlaku sekarang. cik ratu nak share video ni. mari kite tengok sama2.





cepat je air mengalir. nak lari mesti x sempat bg sesape yg ade kat jalan raya tu. kesian cik ratu tengok. kita doakan semoga bumi kita dalam keadaan baik. dengan doa, insyallah semua akan berubah. teruskan dekat diri dengan Allah. amin..

salam ikhlas, cik ratu.